Assalamualaikum wbt
alhamdulillah, kali ni aku dapat merasa balik dari UiTM naik public transport. dari haritu sebenarnya nak try naik. tapi setakat ni not bad lah. benda semua mudah. tapi tak boleh nak percaya sangat. sebab nak balik memang mudah. dari Selangor nak sampai UiTM balik tu yang payah. sebab transport kita tak tahu lagi mudah ke tak kan.
balik kali ni, aku bawa balik sekali dengan assignment. penat weh fikir. yelah, kau bayangkan. first day raya dah seharian beraya. memang sah lah tak melekat kat rumah kan. tapi sebab gigih nak duit raya tu, sebab itulah aku follow (haha takmalu). tapi apa salahnya kan. alhamdulillah dapat lagi duit raya even dah tak banyak macam dulu. sis redha (menangis).
raya tahun ni, aku raya di Marang, Terengganu. macam biasalah kat sini memang penuh rumah tokki. but today not really penuh because everyone busy pergi beraya rumah family masing-masing. but still penuhlah rumah tokki ni. sebab apa aku kata penuh juga? sebab selalunya kalau ada semua lagi padat macam milo. jalan sikit nak berlaga. sikit-sikit berlaga. kalau boleh nak jalan sambil berpeluk semua orang. ok ni tipu je. tapi yang penuh tu betul lah. sebab family belah ayah ni memang ramai sikit berbanding dengan family belah ibu. tapi meriah, still sama meriah. alhamdulillah.
apa yang aku nak pesan kat sini adalah, masa ni kita akan berjumpa dengan pelbagai orang. dari tak pernah kenal, jadi kenal. dari tak pernah berborak, jadi rapat. jadinya, we as human kena saling hormat menghormati tau! tak kesahlah dia tanya kau soalan bila nak kahwin ke result ke spm ke whateverlah. still kena hormat dan dalam diri tu kena selalu husnuzon. jangan orang tanya sikit nak buat muka bagai. aku tenyeh muka tu nanti. ok sis gurau. sebab kadang orang tanya soalan-soalan macam just untuk cari topic nak berbual je. kau tak payah nak serious sangat. chill sudah.
bercakap tentang jodoh, tadi ada seorang atuk ni. ya Rabbi sampai sekarang aku tak boleh nak lupa. kelakar sangat. maybe our family dah lama tak jumpa. so bila jumpa tadi, atuk bagaikan sangat terkejut tengok anak-anak ibu semua dah besar. atuk tu dengan spontannya tanya. "eh, besor doh anok mung, ke mung buleh natu (menantu) doh?" aku masatu terkejut + nak tergelak guling-guling. memang mata time tu terbulat besar pandang ayah sambil sengih macam kerang busuk. sengih bukan bermakna suka, tapi tahan malu hehehehe tapi kalau atuk tu dah mendoakan apa salahnya kan? eh
memang seharian beraya harini, sangatlah penat dan padat. kenapa padat? sebab makan tak ingat dunia. rasa berdosa betul dengan nafsu makan harini. macam tak makan sebulan! korang, beraya pun beraya juga, tapi jaga kesihatan, jaga keselamatan dan solat jangan tinggal. even kau makeup tebal sekalipun, jangan lupa nak solat okay! dan paling penting, hormat-menghormati tak kira tua atau muda. lot of love! sekian...