Assalamualaikum wbt
seperti yang telah dijanjikan di twitter, saya akan meng-update blog. maka hari inilah hari yang paling sesuai. sekarang ni aku tengah cuti seminggu sebelum bermula minggu interim 5hb jun ini. jadinya, insyaallah ada jugalah masa yang terluang waktu cuti ni. minggu cuti ni juga dapat jugalah aku berpuasa dengan family. alang-alang dapat peluang ni, baik manfaatkan sebaik mungkin. sebab nanti dah kena bangun sahur, buka puasa, semua sendiri (muzik background sedih).
okay, untuk pengetahuan semua, masa dapat keputusan upu 15hb mei haritu, memang dup dap weh. takut dia Allah je yang tahu. sebenarnya memang tak kisah pun dapat course apa, tapi yang paling takut bila dapat kat luar semenanjung. best memang best dapat merantau jauh, tapi nanti kesian kat Ibu risau tak sudah sudah dengan anak sulong dia ni sorang haha (alasan semata-mata bukan?) tapi, alhamdulillah, dapat UiTM Alor Gajah atau dikenali sebagai UiTM Lendu.
masa dapat keputusan ni, memang aku jenis yang suka survey dulu sebelum nak buat sesuatu. sama juga kalau nak beli barang ke apa, memang akan survey dulu. bila type je nama universiti ni. Allahu ya Rabbi, memang benda yang tak patut keluar dulu (emoji nangis). tapi semua tu tak patahkan semangat aku. semua bergantung pada niat masing-masing. kita nak sambung belajar sebab apa? sebab utama mestilah kerana Lillahitaala. dan lagi satu, datang sini, bawalah harapan mak ayah ya rakan-rakan sekalian (muka senyum)
aku diberi masa seminggu sebelum hadir ke sesi mds di sini. alhamdulillah segala berjalan lancar, cuma ada yang satu tu je. satu je, HAHAHAHA. kesilapan yang paling tak masuk akal aku pernah buat. taknak cerita sebab memalukan diri sendiri. waktu ni rasa nak hempuk je diri sendiri guna bantal (taknak yang keras nanti sakit). my friends semua gelakkan aku sebab katanya aku excited sangat sampai benda penting pun boleh lupa. tapi jujur, memang aku tak sengaja dan sangat sangat tak perasan.
tengah prepare segala barang dan dokumen penting semua, sempat lagi aku tanya senior-senior yang pernah join mds uitm ni. majoriti kata tak best lah apalah. and aku bila dengar feedback macam ni dah mula risau. ada orang kata macam kem jati diri lah apalah. memang masa ni aku dah get ready dengan mental fizikal yang kuat (even memang tak kuat mana pun). mana taknya, pengalaman pergi kem jati diri sebelum ni bukan biasa-biasa weh. penat dia nauzubillah. tapi penat lelah selama ni membuahkan rindu di dada nak join lagi kem yang macam tu hmm.
dan.... tibalah hari yang ditunggu-tunggu. masa nak bertolak pagi ni, menang aku tak bercakap banyak. segala perasaan yang ada bercampur-baur macam rojak! sedih, gembira, excited, nak nangis, semua ada lah! for your information aku memang jenis yang kuat makan. tapi pagi ni, breakfast pun aku makan sikit dengan sakit perutnya hahaha nampak tak nervous aku tu tahap mana.
masa sampai, kena daftar bilik dulu. nak bergeng memang tak dapatlah. sebab member aku ada yang awal sangat, ada yang lambat sangat. sudahnya berpisah semua. waktu ni nampak akak fasi semua muka manis dengan senyuman. baik-baik je semua. dia akan bagitahu bila kena kumpul semua. macam ada sesetngah uitm, dia start bila pendaftaran dah habis. tapi aku start awal sedikit. dan aku pun tak berapa nak ingat apa aku buat waktu ni. dan apa aktiviti yang dah buat.
tapi, apa aku nak kata, sepanjang mds, apa yang kitorang kena buat selalu ada pantas, pantas, pantas dan pantas. jalan nak kena pantas, bergerak nak kena pantas, makan pun nak kena pantas. so bagi awak-awak yang sepesen saya yang agak tak pantas ni, praktislah jadi sepantas yang boleh ya. senang ceritalah, ayat paling famous time mds ni, "pantas siswa pantas" "pantas siswi pantas". annoying dia time kat situ je hahaha.
tapi, apa yang aku nak tekankan kat sini adalah, sepanjang pengalaman kat mds ni sangat-sangat seronok! tak tipu weh! aku sendiri dapat rasa macam dapat satu keluarga yang baru masuk uitm lendu ni. mds lendu ni buat aku jadi sayang dengan uitm lendu ni (jujur dari hati yang paaaaaling dalam) rindu keluarga tu ada, tapi sis and bro pmds kat sini sedaya upaya cuba untuk buat kita rasa kurang sikit dengan perasaan yang ada tu. jujur, aku hargai dengan pengorbanan diorang. tak semua okay sanggup korbankan masa cuti untuk meraikan adik-adik baru diorang yang nak masuk uitm ni. terima kasih bro and sis pmds lendu semua! i'll miss everything pasal minggu mds ni.
aku teringat satu ayat from one of pmds lendu ni,
kadang untuk membalas jasa orang yang kita sayang, kita perlu berkorban. andai rindu, sedekahkan Alfatihah. insyaallah mereka juga akan rasa perasaan yang sama.
so guys, bila tiba-tiba terasa homesick tu, ingat ayat ni, okay? insyaallah, akan terubat sikit hati tu. paling sedih, bila mds dah nak tamat. time majlis penutup tu. dan paling sedih bila dapat tahu ramai seniors from pmds akan berpindah ke uitm rembau. goodluck kat sana bro sis semua! moga kejayaan sentiasa jadi milik kalian, amin.
oh ya, bagi yang bakal jadi mahasiswa/siswi tu, goodluck! ada lagi satu ayat nak share:
jangan kejar pointer, tapi kejarlah ilmu.
goodluck semua! may Allah ease everything dan semoga kejayaan jadi milik kita semua dunia akhirat, amin...
p/s: for those yang nak tahu lagi feedback pasal mds kat alor gajah ni, boleh search #mdslendu #golendu kat twitter.