WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE WHO HAS BEEN GIVEN LESS - PROPHET MUHAMMAD SAW

Sunday, 27 September 2020

2020 yang Memberi Hikmah

Assalamualaikum wbt

Last aku updated blog adalah sehari sebelum dapat result. Alhamdulillah result yang aku dapat untuk last semester berbaloi dengan usaha akhir sem. Only He knows how struggle I am during my last semester sebab dah lama ya aku tak dapat jadual exam yang tarikh paper betul melekat kurang dari 24 jam. Boleh bayang tak struggle masa tu? Tapi aku tahu, orang lain pun berpulun habis-habisan juga masa tu.

Alhamdulillah, sekarang aku tengah sambung Degree di UiTM Puncak Alam. Ya, aku decided untuk mohon penerapan masa diploma. Jangan tanya kenapa, aku cuma ikut kata hati aku yang suruh aku sambung sahaja belajar. Lagi-lagi Ibu Ayah pun galakkan aku untuk sambung, jadi di sinilah aku sekarang dengan pilihan pertama aku Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segalanya, amin.

Tahun 2020 adalah tahun struggle aku. Ya, kita semua struggle. Dengan wabak yang dilanda sekarang. Tapi, semua ni jadi mesti ada hikmah, bukan? Kita sendiri yang perlu fikir dari sudut apa kita boleh lihat dengan apa yang terjadi dalam hidup kita. Sama ada dari sudut positif ataupun sebaliknya. Bersangka baik dengan Allah.

Tahun 2020, aku hilang orang-orang yang aku sayang. Aku tak sangka juga, hilangnya orang-orang ni mampu buat aku tidak berhenti  bersedih. Ya, aku rasa hilang semangat. Setiap kali teringat kenangan bersama, setiap kali tu juga berlinangan air mata aku.

16 Jun, perginya insan yang pernah menyelamatkan aku sewaktu aku masih bayi, Tokki Chik. Insan yang selalu bawaku ke taman bila aku pulang ke kampung. Insan yang selalu ketawa saat kami adik-beradik bergaduh kecil. Ya, masih segar gelak ketawa Tokki dalam kepala ni. Cara Tokki bercakap, semuanya. Sedikit terkilan sebab tak luangkan masa bersama Tokki sebaiknya dulu. Terima kasih, Tokki Chik. Jasa Tokki Sairah takkan lupakan. Semoga hati ni tidak akan pernah lupakan Tokki, insyaallah. Ya, Tokki sorang je yang panggil aku dengan gelaran Sairah. Semoga Tokki berada dalam kalangan orang-orang beriman.

Dan 13 September, perginya insan yang aku gelar sebagai Ayah Yusof. Ya, dia merupakan Ayah angkat aku. Yang tolong Ibu Ayah aku untuk jaga aku semasa mereka sibuk bekerja. Lama keluarga Ayah Yusof ni jaga aku dan Wani. Kami contact sampai sekarang umur aku dah 21 tahun. Aku tak sangka perginya dia buat aku berjurai air mata. Keluarga aku tahu, aku seorang yang bukan mudah nak menangis bila something happened. Tapi, hari tu buat aku jadi sebak sangat-sangat. Mungkin sebab aku masih terkejut.

Masih segar dalam kepala aku, masatu aku excited sangat nak jumpa Ibu Ita, Ayah Yusof, Kak Su. Aku siap record video lagi yang aku dah sampai Alor Gajah. Tapi excited tu jadi hilang bila sampai je depan pintu rumah Ibu Ita, perkataan pertama keluar dari mulut Along "ayah dah takda". Everything was blank. Blank semua. Mulut aku macam terkunci. Tak mampu nak fikir apa dah. Semua seakan mimpi. Masatu aku rasa, baru semalam aku berdoa supaya Allah pinjamkan kekuatan kepada Ayah Yusof untuk lawan penyakitnya. Tapi, Allah itu lebih mengetahui, kan? Aku tak salahkan takdir. Malah, aku bersyukur sebab Allah gerakkan hati aku untuk aku selalu melawat Ibu Ita dan Ayah Yusof masa aku last semester di Lendu. Sebelum ni aku susah sangat nak pergi rumah mereka sebab aku tak suka bila ada kerja nak kena buat tapi takda di kolej. Tapi, Alhamdulillah last sem tu aku sanggup bawa semua kerja aku pergi rumah Ibu Ita dan Ayah Yusof untuk siapkan setiap kali Ibu ajak pergi ke rumahnya.

Remember entry Rezeki? Ya, keluarga Ibu Ita dan Ayah Yusof ni antara rezeki terbesar Allah hantar dalam hidup aku. Terima kasih Ya Allah. Antara benda yang aku belajar dari keluarga ni. Ikhlaslah dalam memberi. Kita antara manusia ni boleh tahu, bila kasih sayang yang diberi dengan ikhlas walaupun tiada pertalian darah. Jangan pernah menyesal menyayangi. Sebab kasih sayang tu akan kekal sampai akhir nyawa. Shahirah takkan lupakan jasa Ayah, insyaallah. Tokki Chik dan Ayah Yusof akan selalu ada dalam doa Shahirah, insyaallah. Semoga kau takkan lenyapkan kenangan yang ada dalam hati ni ya Allah, amin. Al-Fatihah. Semoga tenang di sana dan semoga mereka berada dalam kalangan orang-orang yang beriman, amin.

Semoga tahun 2020 yang berbaki lagi 3 bulan ni dan seterusnya, baik-baik sahaja, amin.

Thursday, 13 February 2020

MY JOURNEY IN LENDU FROM SEMESTER 3 UNTIL SEMESTER 5

Assalamualaikum wbt


It has been a long time i dont update my blog. Since my student years was sooooooo packed like Milo so here it is, i'm concluded everything about my journey in semester 3 until semester 5.

These 3 semesters i told ya, sangat-sangat sibuk, struggles, ups and downs everything happened during these amazing (positif kan jelah haha) semesters. Masa ni i kenal my 'real' friends, the other sides that has been untold before, ya, masa ni kita akan kenal orang ni macam mana dan orang ni macam mana. Kita kena terima, tak semua akan sama dengan perangai kita ya anak-anak, masing-masing adalah berbeza.

Tapi tapi tapi, cara penerimaan kita tu yang berbeza ya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. It is how you nak terima cara orang tu and nak berhadapan dengan orang yang macam tu. Dan kita pun kena ingat, tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Semua manusia pernah buat silap dan kita semua takkan terlepas dari buat silap. Jadi, kita kena terima lah kesilapan setiap orang tu. Tapi, kalau you jenis yang tak boleh go dengan his attitudes, then go away. Jangan paksa diri, tak baik untuk kesihatan mental anda ya.

'Go away' tu bukan i suruh you putus kawan terus, NO. Just avoid lah selagi boleh avoid. Yelah, manusia ni kalau tak suka, nanti mulalah menjaja cerita kat orang itu ini, dapat pula member yang suka 'judge others by what other people said', kan dah tak baik tu. Dan pesanan untuk diri sendiri juga, kalau kita tak suka dengan dia, jangan cerita buruk dia kat orang. Benci macam mana pun, jangan. Benda ni akan burukkan lagi keadaan, tahu ke tak tahu?

Dan selalu remind diri sendiri, kita sendiri pun tak perfect, dan kita pun pernah jadi toxic dalam hidup seseorang, jadi sebelum nak benci orang tak tentu pasal, ingat benda ni. Dan i nak bagitahu, i paling salute orang yang admit salah sendiri dan minta maaf. Tapi kan, kita minta maaf pun bagus dah perangai tu dan tolong tambah sekali untuk kita cuba ubah perangai orang tak suka tu sebab takut nanti lama-lama orang jadi lali dengan perkataan maaf tu, sebab minta maaf tapi takda perubahan.

These 1 year and a half, i learned a lot:

1. Kalau kita tak boleh buat, kita cakap tak boleh. Jangan malu. Kalau kena paksa juga, keep on asking how to do it. Kalau groupmate tak function, kau pergi tanya member lain yang bukan group kau atau lebih baik tanya lecturer.

2. Selalu take note bila dah bagi kerja, jangan everything nak suruh orang ingatkan setiap masa macam orang tu PA kau. Dapat member yang jenis boleh terima nak ingatkan kau setiap masa okaylah (tapi lama-lama pun boleh berapi duh kalau kerja kau orang lain nak kena ingat).

3. Jangan last minute bila kerja group sebab nanti menyusahkan orang lain.

4. Kalau busy, mengaku kau busy and bila time kau free. Jangan nak libatkan hal lain dengan kerja group. Aku teringat satu ayat lecturer aku "satu hari ada 24jam, 24jam tu macam macam boleh buat" wah, mendalam ayat tu der sampai sekarang aku tak boleh lupa.

5. Orang yang paling hebat berbicara adalah orang yang paling kerja dia kelaut HAHAHAHA i said what i said. So far lah, tapi kajian ni masih lagi dalam proses pemerhatian. Mungkin tak semua, kan?

6. Jadi orang yang rational setiap kali buat keputusan. Jangan buat keputusan bila tengah marah. Kau marah macam mana pun kat dia, kau rilek dulu, bila kau dah lega, then cakap dengan dia apa yang kau tak puas hati. Tak jalan juga, apa lagi kau buang je nama dari report, habis cerita.

7. Jangan pendam bila tengah marah. Nak avoid is good sebab maybe you want to calm down yourself takut tercakap benda yang tak sepatutnya bila tengah marah. Tapi jangan lama-lama sebab takut pihak sana pula yang tak tahan, overthinking dah jadi perang satu hal pula.

8. Dalam apa-apa relationship pun, friendship, bercinta semualah! Communication is a key.

9. Jangan nilai dia sebab kan satu kesilapan dia je, okay? Contoh, perangai dia memang tak dapat diterima dek akal dah lah, melampau teramat, terus buang dia sebagai kawan. JANGAN YA JANGAN, TAK BAIK. Yang ini sumpah aku menyesal sampai sekarang hahahaha tapi let bygones be bygones, right?

10. Kalau depan kita pun dia boleh mengata buruk pasal orang lain, tak mustahil belakang kita pun dia boleh mengata buruk pasal kita. Jom amalkan 'less talking bad behind others more happiness'. Tak terlambat lagi nak amalkan, sebab everyday is a new day and we as human setiap hari kena betulkan diri be a better person, okie?

Lastly, my posted this time takda niat nak perli sesiapa, saya minta maaf kalau ada buat mana-mana pihak tersinggung, tapi saya tekankan di sini, apa yang saya tulis adalah untuk reflect diri sendiri juga. Dan minta maaf juga selama ni ada salah silap sama ada sengaja atau tidak sengaja. Deep inside, I love you guys (everyone yang i pernah kenal, even tak rapat mana sampailah yang paling rapat or we kenal masa event, semua i sayang okie) korang semua sentiasa ada in my du'a. Insyaallah. Semoga result esok, Allah bagi yang terbaik untuk kita semua, Allahumma Amin.