WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE WHO HAS BEEN GIVEN LESS - PROPHET MUHAMMAD SAW

Saturday, 12 May 2018

FOOD HUNTING

Assalamualaikum wbt.
Okay hari ini shera saja nak share pengalaman pertama buat food hunting using public transport. For me, kira jimatlah total expenses for that day including with tambang pergi + balik below RM80.

Firstly, me and my friend (Effa and Munirah) tak plan pun nak pergi food hunting ni. Mula-mula shera and effa yang rasa macam "ala dah lama tak jumpa jomlah jumpa apa benda semua kan" then tiba-tiba malam before kita orang nak jumpa tu, masing-masing craving nak makan itulah, inilah, macam-macam. So we decided nak keluar on that day. And tiba-tiba teringat kat sis munirah ni, so pujuk punya pujuk, Alhamdulillah dia pun join juga hehe (yeay! Finally, penat tau aku nak pujuk dia ni!)

So bila dah plan macam-macam ni, mestilah cari tempat yang helok lagi terbaik kan sebab kitorang ni bukannya pakai kereta. Naik public transport nak jimat punya pasal so plan kena elok-elok. Nasib baik juga effa ni memang suka berjalan so dia memang rajin bab nak search tempat-tempat yang kitorang craving sangat tu. Okay pembetulan, bukan dia sorang yang search, shera pun terikut sama okay! Malam tu sampai tak boleh nak tidur tak tahu sebab apa alahai.

Dari Sungai Buloh sampailah Kajang kitorang explore naik MRT. Kenyang pun kenyang satu hari. Yelah, lagilah shera ni memang suka makan, so memang puas hati. Happy pun happy sebab dah lama tak jumpa dua ketul ni of course lah rindu! Okay shera bagitahu awal-awal sorry sangat-sangat tak dapat nak share berapa ringgit kitorang dah spend untuk setiap meals yang kitorang dah order. Sebab memang tak ingat. Shera buat food hunting ni masa 26 January 2018 tak silap.

So firstly, kedai yang kitorang serbu is Mr. Dakgalbi at Tropicana City Mall. Yang shera ingat kitorang ambil for 2 orang kot. Sebab pesanan effa, 2 orang makan pun dah banyak. So, memang betul. Dekat sini pun dah kenyang. Dan SEDAP! Hehehehe

Next trip, kitorang pergi NU Sentral. Tujuan pergi sini sebab nak merasa 4 Fingers. Sebenarnya nak makan Kyochon tapi sebab fikir mesti ramai and nanti kena patah balik so membazir kat situ nanti.
4 Fingers pun Alhamdulillah dapat memuaskan hati shera even sebenarnya nak Kyochon tapi takpa. Puas hati jugak!

 Alang-alang tu kitorang sapulah ice-cream ni sorang satu hahahaha sedap weh! Okay tiba-tiba rasa lapar bila tengok balik gambar-gambar ni.

Then our last makanan yang kitorang angkut is makanan kat IKEA Cheras. Effa ni ha katanya teringin meatball IKEA pula. So sebab dia pun dah tolong shera puaskan my craving so kita pun ikutlah dia pulak. Order ni pun masing-masing juga. Sorang order lain-lain then kita sharelah sorang sikit. Makan macam ni lagi kenyang sebenarnya. Tak percaya boleh cuba okay!


So setakat ini jelah yang kitorang makan. Memang kenyang weh satu hari tu. Best pun best rasa nak pergi lagi semua tempat ni hah kau gelojoh kan. So, ni lah pengalaman pertama buat food hunting. Next time kalau ada rezeki lebih boleh buat food hunting lagi mana tahu pergi area kampung-kampung pula kan ihiks!