WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE WHO HAS BEEN GIVEN LESS - PROPHET MUHAMMAD SAW

Sunday, 24 December 2017

ROAD TO FINAL



Tahun 2017, tahun yang banyak mengajar aku erti keluarga, persahabatan, berkawan, hati, perasaan, eh samalah kan? Tapi apa yang aku tak boleh lupa adalah keluarga. dari awal macam mana aku mula-mula belajar untuk berdikari. ya, tahun 2017 tahun pertama aku hidup sendiri. almaklumlah baru sambung belajar kan. selama ni sekolah menengah harian saja. so homesick tu memang terasa masa awal-awal dulu. dia punya sebak aih meleleh jelah kerjanya hmmmmmmm.

kalau nak sebut pasal persahabatan, tak payah cakaplah. awal-awal dulu elok dah berbaik, lepastu hilang balik. maybe Allah dah aturkan cantik kot. apa yang jadi pun mesti ada hikmah. ada sebab kenapa semua ni jadi. dan mungkin juga ada sebab kenapa Allah taknak gerakkan hati ni untuk mulakan semuanya dulu seperti yang aku pernah buat sebelum ni. ayat ni bukan untuk sedapkan hati sendiri, tapi itulah hakikatnya jujur dari hati paling dalam.

berkawan? alhamdulillah, hilang seorang kawan, Allah hantar berpuluh teman yang hatinya baik. setakat ni lah tak tahulah next punya next punya next lagi macam mana kan (HAHAHAHA OK JKJK SAJA!!) my classmate sangatlah periang orangnya. dalam masa 6 bulan mereka berjaya mencuri hati saya. pahit & manis pun kitorang dah lalui masa 6 bulan ni. pahit tu memang pahit betul. yang manis tu memang manis betul. memang takda yang 50 50 sebab masing-masing over. ok jangan marah i gurau jewww. thank you doh korang hmm class B tak pernah tak perform. sayang teruks korang ni 💗

hati & perasaan ni hmm manalah pernah nak larikan. setiap tahun mesti ada. macam mana nak jadi heartless ni woi hahahaha tapi yang aku tahu 'cerita lama' dolu dolu zaman smk tu paling tak boleh lupa sampai sekarang even aku dah block and unblock pun. aku tak tahu apa jadi dengan Mr. Noob (sebab tak nampak hati saya) sekarang. tapi, aku doakan kau selamat kat mana-mana pun kau berada. semoga kau bahagialah dengan orang yang kau suka tu kan (ya, ikhlaslah ni ish) diberkati, dirahmati, semualah! entahlah weh, kau nak sangat duduk dalam hati ni kan, aku dah buang pun degil juga. ha duduklah duduk tak payah keluar keluar ugh 😤

so ini sajalah secara ringkas jalan cerita 2017. THANK YOU YA AWAK SEMUA. MANA YANG STILL TAHAN DENGAN PERANGAI TERUK AKU NI TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT. ILOVEYOUGUYSSOMUCH!!! 💓💕💖💗💘💙💚💛💜💝💞💟

Oh ya, tahun baru aku akan dimulai dengan final. so doakan kami semua dipermudahkan jawab soalan dan semua dapat capai dekan. amin.. doakan kami berjaya dunia akhirat! thank you 😃😄😉💋