Assalamualaikum wbt
Last aku updated blog adalah sehari sebelum dapat result. Alhamdulillah result yang aku dapat untuk last semester berbaloi dengan usaha akhir sem. Only He knows how struggle I am during my last semester sebab dah lama ya aku tak dapat jadual exam yang tarikh paper betul melekat kurang dari 24 jam. Boleh bayang tak struggle masa tu? Tapi aku tahu, orang lain pun berpulun habis-habisan juga masa tu.
Alhamdulillah, sekarang aku tengah sambung Degree di UiTM Puncak Alam. Ya, aku decided untuk mohon penerapan masa diploma. Jangan tanya kenapa, aku cuma ikut kata hati aku yang suruh aku sambung sahaja belajar. Lagi-lagi Ibu Ayah pun galakkan aku untuk sambung, jadi di sinilah aku sekarang dengan pilihan pertama aku Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segalanya, amin.
Tahun 2020 adalah tahun struggle aku. Ya, kita semua struggle. Dengan wabak yang dilanda sekarang. Tapi, semua ni jadi mesti ada hikmah, bukan? Kita sendiri yang perlu fikir dari sudut apa kita boleh lihat dengan apa yang terjadi dalam hidup kita. Sama ada dari sudut positif ataupun sebaliknya. Bersangka baik dengan Allah.
Tahun 2020, aku hilang orang-orang yang aku sayang. Aku tak sangka juga, hilangnya orang-orang ni mampu buat aku tidak berhenti bersedih. Ya, aku rasa hilang semangat. Setiap kali teringat kenangan bersama, setiap kali tu juga berlinangan air mata aku.
16 Jun, perginya insan yang pernah menyelamatkan aku sewaktu aku masih bayi, Tokki Chik. Insan yang selalu bawaku ke taman bila aku pulang ke kampung. Insan yang selalu ketawa saat kami adik-beradik bergaduh kecil. Ya, masih segar gelak ketawa Tokki dalam kepala ni. Cara Tokki bercakap, semuanya. Sedikit terkilan sebab tak luangkan masa bersama Tokki sebaiknya dulu. Terima kasih, Tokki Chik. Jasa Tokki Sairah takkan lupakan. Semoga hati ni tidak akan pernah lupakan Tokki, insyaallah. Ya, Tokki sorang je yang panggil aku dengan gelaran Sairah. Semoga Tokki berada dalam kalangan orang-orang beriman.
Dan 13 September, perginya insan yang aku gelar sebagai Ayah Yusof. Ya, dia merupakan Ayah angkat aku. Yang tolong Ibu Ayah aku untuk jaga aku semasa mereka sibuk bekerja. Lama keluarga Ayah Yusof ni jaga aku dan Wani. Kami contact sampai sekarang umur aku dah 21 tahun. Aku tak sangka perginya dia buat aku berjurai air mata. Keluarga aku tahu, aku seorang yang bukan mudah nak menangis bila something happened. Tapi, hari tu buat aku jadi sebak sangat-sangat. Mungkin sebab aku masih terkejut.
Masih segar dalam kepala aku, masatu aku excited sangat nak jumpa Ibu Ita, Ayah Yusof, Kak Su. Aku siap record video lagi yang aku dah sampai Alor Gajah. Tapi excited tu jadi hilang bila sampai je depan pintu rumah Ibu Ita, perkataan pertama keluar dari mulut Along "ayah dah takda". Everything was blank. Blank semua. Mulut aku macam terkunci. Tak mampu nak fikir apa dah. Semua seakan mimpi. Masatu aku rasa, baru semalam aku berdoa supaya Allah pinjamkan kekuatan kepada Ayah Yusof untuk lawan penyakitnya. Tapi, Allah itu lebih mengetahui, kan? Aku tak salahkan takdir. Malah, aku bersyukur sebab Allah gerakkan hati aku untuk aku selalu melawat Ibu Ita dan Ayah Yusof masa aku last semester di Lendu. Sebelum ni aku susah sangat nak pergi rumah mereka sebab aku tak suka bila ada kerja nak kena buat tapi takda di kolej. Tapi, Alhamdulillah last sem tu aku sanggup bawa semua kerja aku pergi rumah Ibu Ita dan Ayah Yusof untuk siapkan setiap kali Ibu ajak pergi ke rumahnya.
Remember entry Rezeki? Ya, keluarga Ibu Ita dan Ayah Yusof ni antara rezeki terbesar Allah hantar dalam hidup aku. Terima kasih Ya Allah. Antara benda yang aku belajar dari keluarga ni. Ikhlaslah dalam memberi. Kita antara manusia ni boleh tahu, bila kasih sayang yang diberi dengan ikhlas walaupun tiada pertalian darah. Jangan pernah menyesal menyayangi. Sebab kasih sayang tu akan kekal sampai akhir nyawa. Shahirah takkan lupakan jasa Ayah, insyaallah. Tokki Chik dan Ayah Yusof akan selalu ada dalam doa Shahirah, insyaallah. Semoga kau takkan lenyapkan kenangan yang ada dalam hati ni ya Allah, amin. Al-Fatihah. Semoga tenang di sana dan semoga mereka berada dalam kalangan orang-orang yang beriman, amin.
Semoga tahun 2020 yang berbaki lagi 3 bulan ni dan seterusnya, baik-baik sahaja, amin.